Bagaimana Cara Membuat Pembayaran Online Menggunakan Kad Kredit dan Debit Melalui PayPal?

PayPal adalah perkhidmatan pembayaran online yang membolehkan pengguna menghantar dan menerima wang dengan cepat dan selamat. PayPal diterima pakai di lebih 200 buah negara di seluruh dunia dan menyokong sehingga 25 jenis matawang.

PayPal juga dapat memproses pembayaran online menggunakan kad kredit atau debit walaupun anda belum mendaftar dan tidak mempunyai akaun PayPal. Di sini kami kongsikan bagaimana cara membuat pembayaran online menggunakan kad kredit atau debit melalui PayPal:

  1. Lengkapkan borang pembelian anda dan pilih pembayaran menggunakan PayPal.
  2. Kemudian klik butang “Pay with a Bank Account or Credit Card”.
  3. Isi butiran yang diperlukan dan klik butang “Agree and Pay”.

Anda akan menerima email daripada pihak PayPal setelah pembayaran telah berjaya dibuat. 

Selamat mencuba!

– ADMIN

© 2019 WPNIAGA.COM dimiliki oleh WP DINAMIK NIAGA (PG0384105A)