Mira Filzah Lancarkan Luna Skinz Untuk Dikongsi Dengan Peminat

Nama pelakon berbakat besar, Mira Filzah memang sudah cukup dikenali di Malaysia. Selain memenangi anugerah Pelakon Wanita Telenovela Popular dan juga Ratu Telenovela 2019, Mira juga turut dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular BH (ABPBH32) untuk tahun 2019 yang lalu.

Walaupun sibuk dengan jadual kerja yang semakin padat dan ditambah lagi dengan sesi pengambaran yang tidak menentu, Mira masih tetap mementingkan penjagaan kesihatan dan kecantikan dirinya.

Disebabkan kekangan masa yang ada, Mira memerlukan sesuatu produk yang mudah, cepat dan sesuai diambil untuk penjagaan kesihatan dan kecantikan dirinya. Dan kemudiannya tercetuslah idea untuk menghasilkan produk Luna Skinz ini.

Produk Luna Skinz ini didatangkan dalam dua jenis variasi penjagaan, iaitu Luna Day (siang) dan Luna Night (malam). Luna Day berfungsi untuk mencerahkan kulit, melindungi kulit dari sinar UV dan membantu memberi tenaga sepanjang hari. Dan Luna Night pula berfungsi memberi tidur yang lebih lena dan berkualiti serta secara langsung membantu dalam proses memperbaiki kulit.

Mira Filzah begitu teruja dapat berkongsi kebaikan produk Luna Skinz yang diamalkannya ini bersama dengan peminatnya dan turut melahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada peminatnya yang sentiasa memberikan sokongan, dorongan dan mendoakan kejayaan kerjaya seninya.

Luna Skinz by Mira Filzah ini berharga RM79 sekotak. Mengandungi Luna Day x 10 sachet dan Luna Night x 10 sachet (dalam bentuk shot/minuman). Anda boleh dapatkan dari stokis dan ejen sah di online shop ini: https://lunaskinz.officialstore.my/